Monday, 12 November 2012

Mak, Ayah, Maafkan Adik.



hye kawan-kawan semua.. ingat aku lagi tak ?

kali ni, aku agak moody sikit+kecewa+sedih+macam-macam lah !

macam-macam yg aku tgh fikir skrg, especially about my parents..
that's it ! MY PARENTS. 



susah dowh kalo ada kaitan dgn mak ayah ni..

mak ayah mana yang tak nak anak mereka berjaya. betul tak ?
ye, mak ayah aku sgt harapkan aku berjaya, aku tau tu.


my parents tgk dari segi result spm aku, 
maybe in future aku boleh capai tahap medic, pharmacy or dental.
tapi mak, ayah, sesungguhnya ADIK TAK MAMPU ! 
adik tau nak berjaya mmg kena struggle SANGAT SANGAT ! 

niat mak ayah nk bawak holiday as reward kalau straight a spm pon aku tak dapat capai.
harapan mak ayah nk tgk aku jd doctor pon 'macam' aku susah nk realisasikan.

kadang-kadang aku fikir balik,
apa yang aku dah buat sepanjang selama ni ?
kau blaja ke kau main ?
mak ayah penat hantar ambik kau dari puncak alam tu,
semata-mata tak nak kau susah-susah balik rumah naik bas. 
tapi pe yg kau bagi kt mak ayah ??

gila bila aku pikir soalan tu byk kali,
byk kali jugak mutiara jernih dr mata ku mengalir.
*cewah ayat !
MAAFKAN ADIK ! 



bila bincang dgn ayah pasal study aku,
aku rasa aku SGT BODOH berbanding kakak abang aku.
i keep wondering, 
kenapa nasib aku tak semudah kakak ?
kenapa jalan hidupku tak selurus abang ?

bila aku dapat result aku dari uitm ni, aku rasa 
"kenapa macam ni ? tak berbaloi dgn apa yg kau dah buat before this ! "

hey kiera ! sape kau nk argue takdir Allah !?
sape kau nk tanya adakah ia berbaloi dgn usaha kau ?!
Allah je yg tau tahap usaha kau time exam dulu.
and this is the best for you dear. Bersyukurlah ^_^ , 

ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU,
BUKAN APA YANG KITA MAHU.

yup, kata-kata yang men'sentap'kan hati aku time dpt result dulu..
baru aku sedar, result aku tak terok mana pon, 
ntah nape aku sedeh rasa nak mati bagai tgk result aku.
haha ><

sampailah aku terjumpa satu kisah,
yang mirip dgn hidup aku.
sangat menyedarkan aku, membuka hati aku, be positive to ALLAH.

bermula lah kisah....

‎"Ana dah penat, ya akhi. Penat sesangat.
Ana buat camne pun, result ana camtu gak.
Ana solat fardhu tak pernah lambat,
puasa sunat tak pernah tak buat,
solat tahajjud, hajat, taubat, witir tak pernah tinggal,
tapi nape ana masih camni?"

"Nape dorang yang tak pernah solat,
tak pernah puasa, tak pernah jaga malam,
tapi dorang berjaya?"

"Nape ana yang ingat padaNya dan menuntut ilmu dengan gigih,
takleh berjaya di akhirat, dan di dunia jua?
Bukan ke kalau kita kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita?
Ana runsing, dan ana penat, ya akhi. Penat yang amat.
Selamatkanlah ana, ana merayu."

".... Ana tak sanggup jadi dai'e yang menjadi fitnah pada Islam yang ana cintakan itu sendiri."

Dush.

*****

Sayang oh sayaaaang,
den idok le pandai nak bersweet-sweet sangat nims,
tapi meh, kawe oyak sikit ayat-ayat Allah yang Maha Penyayang iya?

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau..."

- Muhammad 47:36 -

Haaaaaaaaaaaah!
Jeng jeng jeng!
Terubat sikit tak?
Allah pun dah kata, dunia ni apa je pun,
mainan jeeeeee, kekeke.
Lek lek, ni baru intro, sabau ya sayang,
Jom, kita sambung baca sama-sama surat cinta Allah Pencipta kita ni,
Ngeehee~

"... Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya..."

- Al-Hajj 22:40 -

Haaaaah,
hang dah tolong agama Allah kan?
Jadi, Allah mesti la tolong hang, tul tak tul tak?
Pernah ke Allah mungkir janji?

"... Sungguh, Allah tidak menyalahi janji."

- Ar-Ra'd 13:253 -

Tapi tul gak kan,
nape kita (highlight sikit, KITA) yang tolong walau tak berapa nak tolong ni,
tak ditolong pula, asyik faaaaaaaaaaaaaaail jeeeeeeeeeee?
Bukan ke Allah dah janji, dan Allah juga takkan pernah mungkir janji?
Hurmmm,,
Tapi tapi tapi,
Allah ada gak gitau yaaaaang,

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sesuatu, padahal itu baik bagimu..."

- Al-Baqarah 2:216 -

Result saya?
Amatlah saya tidak menyenanginya.
Rasa nak hantuk laju-laju je kat tempat sujud,
T.T

Tapi.
Baikkah ia buat saya, ya Allah?

"... dan hanya kepada Engkaulah kami memohon."

- Al-Fatihah 1:5 -

.............................

Wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Boleh jadi kita belajar punyalah belajar,
rajin belajar tahap kerajinan yang melampau,
ibadat yang wajib mahupun yang sunat tak pernah kita tinggal,
tapi result kita tetap antara yang tercorot dalam kelas,

Dan boleh jadi juga mereka yang main tak ingat akhirat,
rajin main tahap kemainan yang ekstrimis,
ibadat yang wajib dicapati apatah lagi yang sunat,
tapi result mereka tetap antara yang tip top dalam kelas.

Geram?
Mungkin.

UjianNya?
Benarkah?

My dear friends whom I love infinitely,
Muah muah,
romantik la pulaaak, adoi.

Mereka-mereka yang berjaya tapi tak tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya,
benarkah kejayaan mereka itu adalah rahmat Allah?
Atau ia sebenarnya satu ujian?
Dan kita-kita yang tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya tapi tak berjaya,
apakah kegagalan kita itu satu ujian?
Atau rahmat kurnianNya?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung."

- Al-Buruj 85:11 -

Maka, golongan mana satukah golongan yang menang?
Dan golongan mana satukah yang memperoleh rahmatNya?

Mereka berjaya, berjaya dan berjaya,
tapi mereka makin alpa, alpa dan alpa akan Allah.
Kenapa Allah tak gagalkan mereka?
Sebab, kalau gagalkan, mesti mereka mereka tu insaf dan kembali padaNya,
tu bukan ujian namanya, tapi rahmat!
Jadi, Allah uji mereka dengan kesenangan,
amatlah rugi jika mereka tak sedar selagi pintu taubat masih terbuka.
Nauzubillah.

Kita pula, gagal, gagal dan gagal,
tapi kita makin dekat, dekat dan dekat pada Allah.
Bukankah ini rahmat Allah?
Iman kita makin mantap, ilmu kita makin bergunung, jiwa kita makin kental,
tapi tidak pernah kita meninggikan hidung kita padaNya,
malah kita makin membumikan sujud-sujud kita.

Dan bila kita dah bersedia, dengan iman, ilmu dan takwa yang mantap,
maka Allah akan anugerahkan kita dengan kejayaan yang ditangguhkanNya.
Pada saat itulah, mereka-mereka itu akan melihat betapa cemerlangnya hasil tarbiyah Islamiyah!
Sangat pandai berhujah, amat kukuh akidahnya dan sungguh berserah dirinya pada Allah,
bukankah itu matlamat kita sebagai KhalifahNya?!

Maka, kawan-kawanku.
Ayuh, kita buka mata dan hati kita,
Kita ni hanyalah hambaNya.
Tugas kita hanyalah berusaha,
dan berserah kepadaNya, pencipta aku kau dia dan mereka.

Marilah menjadi hamba!

Moga Allah redha.




haha! dah baca ? sentap tak ? 
Subhanallah. 
Allah sgt SWEET! 
memang setiap yg Allah tentukan, ada hikmah nya.

so apa yang perlu aku buat sekarang, 
move forward, take the lesson from the past.

MAK, AYAH, 
maafkan adik sbb dah kecewakan mak ayh.
tapi,
I'll try my best, for the next exam
adik tau adik boleh.
YES, I CAN!

yeah ! i promise ! :')

AND
thanks a lot for those yang banyak bagi semangat kat aku,
even aku jatuh, korang tetap bersama aku.
especially my dear lovely friends,
deanna, syuhaida,
dilla hanafiah, dalila afiqah,
aishah, hani, ruky, eizyan, moon,
fatimah and all A-niners.
aish, malas nk type, ramai sgt. hehe
aku sgt sgt sgt sayanggkan korang,
sayanggkan friendship kita.




Ya ALLAH, tabahkan lah , kuatkan lah hati hambaMu ini,
untuk teruskan perjuanganku, 
di dunia yang serba tidak kekal.
aku harap jalanku sentiasa di bawah redhaMu Ya Allah.
Aaaammiiinn....